FAQ Soalan Lazim
LOMPAT KE BAHAGIAN
Risiko | Akaun Demo | Menyertai JDFX | Pengesahan |
Produk | Waktu pasaran dan pelayan | Platform MT4 | Pembayaran | Perdagangan
Risiko
Adakah kemungkinan kehilangan lebih banyak wang daripada yang saya depositkan?
Ya, ada kemungkinan anda boleh mengalami kehilangan melebihi deposit awal anda. Pelaburan dalam produk derivatif JDFX datang dengan risiko yang ketara dan tidak sesuai untuk semua pelabur. Kami mengesyorkan anda mendapatkan nasihat bebas dan memastikan anda memahami risiko terlibat yang sepenuhnya sebelum berdagang. Spread mungkin melebar bergantung pada kacairan dan turun naik pasaran. Adalah penting bagi anda untuk mempertimbangkan Penyata Pendedahan Produk & Perjanjian Pelanggan dan dokumen Syarikat JDFX lain yang berkaitan sebelum anda membuat keputusan untuk memiliki mana-mana produk kewangan.
Akaun Demo
Berapa lama saya boleh menggunakan akaun demo saya?
Semua Akaun Demo (praktis) MT4 JDFX sah selama 30 hari standard.
Apakah perbezaan antara akaun demo & akaun sebenar atau langsung (live)?
Walaupun semua ciri dan fungsi akaun sebenar juga tersedia untuk akaun demo, anda harus ingat bahawa simulasi tidak boleh meniru keadaan pasaran dagangan yang sebenar. Satu perbezaan yang relevan ialah volum dagangan yang dilaksanakan melalui simulasi tidak akan mempunyai kesan terhadap pasaran; manakala volum dagangan sebenar akan mempunyai kesan terhadap pasaran. Kelajuan pelaksanaan adalah sama untuk akaun dagangan sebenar dan akaun demo JDFX. Selain itu, pengguna juga boleh mempunyai profil psikologi yang sangat berbeza semasa berdagang dengan akaun demo atau akaun sebenar. Aspek ini mungkin boleh memberi kesan kepada penilaian akaun demo. Anda dinasihati untuk berhati-hati dan mengelakkan rasa puas hati daripada sebarang kesimpulanan yang didapat dengan penggunaan akaun demo.
Menyertai JDFX
Bagaimanakah saya boleh membuka akaun dagangan?
Masa kini JDFX hanya menerima pelanggan baru melalui rujukan. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Adakah anda menerima semua pelanggan?
Terdapat beberapa negara yang tidak kami terima. Untuk maklumat lanjut sila baca halaman pematuhan kami.
Bolehkah anda menerima pelanggan US?
Kami tidak menerima pelanggan US. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan.
Pengesahan
Mengapa saya perlu menyerahkan dokumen saya untuk pengesahan akaun?
Berdasarkan undang-undang AML/CFT New Zealand, kami dikehendaki mengumpulkan dokumentasi yang diperlukan daripada pelanggan kami. Untuk maklumat lanjut sila layari https://jdfx.co.nz/compliance/
Apakah dokumen sokongan yang perlu saya sediakan jika saya ingin menjadi pelanggan anda?
Dokumen sokongan yang diperlukan adalah salinan berwarna ID keluaran kerajaan anda; ini boleh dalam bentuk Pasport atau Kad Pengenalan Kebangsaan, penyata bank dan bukti alamat rumah (contoh, bil utili terkini). Jika anda tidak ada bertemu staf JDFX secara peribadi untuk mejalani pengesahan, anda mesti perlu menyediakan gambar selfie dengan ID keluaran kerajaan anda. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web kami https://jdfx.co.nz/ids/
Perlukah saya memuat naik dokumen saya sekali lagi jika saya membuka dompet dagangan baru dan dompet pertama saya telah disahkan?
Tidak perlu, akaun anda sudah disahkan. Dompet baru tidak perlu disahkan lagi. Walau bagaimanapun, JDFX mungkin akan meminta anda memberikan alasan untuk membuka dompet baru.
Produk
Berapa pasangan mata wang yang anda tawarkan?
JDFX menawarkan 46 pasangan mata wang, logam berharga, minyak mentah, Indeks dan CFD.
Harga FX anda berasal dari mana?
JDFX bekerjasama dengan beberapa bank besar and pembekal kecairan untuk mendapatkan harga dan kecairan. Kami mengambil harga bid/ask terbaik antara semua bank ini dan menawarkannya kepada pelanggan kami melalui perisian Meta trader 4 (MT4) yang memenangi anugerah.
Apakah leveraj yang anda tawarkan?
Leveraj maksimum yang ditawarkan oleh JDFX ialah 400:1.
Apakah saiz dagangan minimum?
Untuk akaun Standard dan Pro, JDFX menawarkan dagangan lot mikro (0.01 lots atau 1,000 dalam mata wang asas) untuk semua pasangan FX, emas dan perak. Untuk akaun Pro, saiz dangangan minimum yang kami tawarkan ialah satu lot mini (0.1 lots atau 10,000 mata wang asas) untuk semua pasangan FX, emas dan perak. Untuk CFD, saiz dangangan minimum yang kami tawarkan ialah satu lot mini (0.1 lots). JDFX mempunyai 46 jumlah pasangan FX dan CFD yang sedia untuk didagangkan.
Waktu pasaran dan pelayan
Pasar buka jam berapa pada pagi Isnin?
Harga Forex JDFX kini dibuka pada pagi hari Isnin 9am NZT dan kekal dibuka sehingga pagi hari Sabtu 9am (00:00 – 24:00 waktu pelayan). Ini akan berubah semasa Penjimatan Siang di New Zealand dan US, notis seminggu sebelum perubahan masa akan diberikan kepada semua pelanggan JDFX. Sebagai panduan, masa buka pasaran MT4 kami bertepatan dengan 5pm petang hari Ahad di New York.
Apakah masa yang ditunjukkan pada carta anda?
Tetapan masa yang ditunjukkan pada MetaTrader4 JDFX ialah GMT+3 (bergantung pada masa penjimatan siang), ini juga dikenali sebagai ‘New York Close’. Ini bermakna perdagangan bermula pada 00:00 waktu pelayan (bersamaan dengan pagi 9am NZT), dengan peralihan harian berlaku pada masa yang sama setiap hari. Masa ini tidak boleh diubah pada platform. Ini adalah untuk mengelakkan apa yang dikenali sebagai ‘weekend candle’ yang akan muncul pada hari Ahad di carta harian platform berasaskan GMT.
Bolehkah saya menukar zon masa dalam Meta Trader?
Tidak boleh. Zon masa dalam MT4 tidak boleh diubahkan.
Platform MT4
Adakah Platform MT4 serasi dengan MAC?
Anda boleh melawat laman web ini untuk mendapatkan arahan untuk memasang MT4 pada MAC anda. https://www.metatrader4.com/en/trading-platform/help/userguide/install_mac
.
Saya hanya boleh melihat 8 pasang pada MT4 saya. Bagaimanakah saya boleh melihat semua?
Log masuk ke platform MT4 anda. Dalam tetingkap Market Watch, klik kanan dan klik pada ‘Show All’. Anda sepatutnya dapat melihat semua instrumen yang boleh didagangkan.
Saya tidak dapat melihat harga pembukaan/ penutupan pada carta saya?
Setiap pesanan belian dibuka pada harga ASK dan ditutup pada harga BID, dan setiap pesanan jualan dibuka pada harga BID dan ditutup pada harga ASK. Secara lalai, anda hanya dapat melihat garis BID pada carta anda. Untuk melihat garis ASK, klik kanan pada carta tertentu, klik Properties, buka tab Common dan tandakan Show ASK line.
Bagaimanakan saya boleh melihat sejarah dagangan saya?
Buka tetingkap terminal and pilih tab Account History. Klik kanan untuk mendayakan menu konteks, ini akan membolehkan anda menyimpan sejarah dagangan sebagai fail .html supaya anda boleh melihatnya selepas anda log keluar daripada platform dagangan.
Pembayaran
Bagaimanakah cara mendepositkan dana?
Dana boleh didepositkan melalui Portal Pelanggan JDFX – Bilik Dagangan. Anda hanya perlu log masuk ke Bilik Dagangan anda di https://live.crm.jdfx.co.nz/login dan membuat permintaan untuk mendepositkan dana. JDFX menawarkan pilihan pemindahan dana elektronik. Sila hubungi JDFX untuk maklumat lanjut.
Bagaimanakah cara mengeluarkan dana?
Sila log masuk ke Bilik Dagangan and membuat permintaan pengeluaran. Untuk polisi pengeluaran kami, sila rujuk halaman pembayaran kami di https://jdfx.co.nz/funds/
Apakah mata wang yang boleh didepositkan ke dalam akaun saya?
Mata wang yang boleh didepositkan adalah NZD dan USD. Walau bagaimanapun, kami boleh menerima pilihan mata wang anda melalui gerbang pembayaran (Payment Gateway). Sila rujuk laman web kami https://jdfx.co.nz/funds/
Apakah deposit/pengeluaran minimum untuk akaun dagangan?
Deposit minimum ialah $100. Tiada jumlah minimum untuk pengeluaran.
Adakah terdapat apa-apa yuran/caj pengeluaran?
Ya, terdapat yuran pengeluaran. Anda akan dicaj 3.5% untuk setiap pengeluaran melalui kad kredit atau $25.00 NZD ke atas untuk Pemindahan Wayar Antarabangsa. Jumlah sebenar bergantung pada caj yang dikenakan oleh bank antarabangsa. Tiada yuran pengeluaran untuk Pindahan Wayar Domestik. Sila rujuk halaman pembayaran untuk maklumat lanjut. https://jdfx.co.nz/funds/ .
Bolehkah saya memindahkan wang dari satu dompet dagangan ke dompet dagangan yang lain?
Ya, boleh. Anda boleh membuat permintaan untuk pemindahan dalaman antara dua dompet dagangan di bawah akaun dagangan anda. Jika mata wang asas dompet anda berbeza, jumlah tersebut akan ditukarkan. Permintaan pemindahan dalaman boleh dibuat dalam Portal Pelanggan (Bilik Dagangan) and akan segera diproses. Pemindahan antara pemegang akaun yang berbeza tidak boleh dilakukan.
Bolehkah saya mendepositkan/ mengeluarkan daripada akaun rakan/saudara saya?
Tidak boleh. Kami tidak menerima deposit/pengeluaran yang dibuat oleh pihak ketiga. Deposit anda hanya boleh dibuat dari akaun anda, dan pengeluaran yang dibuat mesti dikembalikan ke sumber di mana deposit dibuat.
Berapa lama masa diambil bagi dana sampai ke akaun bank saya?
Wayar bank tempatan mengambil masa 1 hingga 2 hari bekerja dan wayar bank antarabangsa mengambil masa 3 hingga 5 hari bekerja. Ini juga bergantung pada masa anda membuat permintaan pengeluaran. Sila baca halaman pembayaran kami untuk maklumat lanjut https://jdfx.co.nz/funds/ .
Perdagangan
Apakah margin (margin)/ tahap margin (margin level)/ margin bebas (free margin)?
Margin ialah jumlah yang diperlukan dalam mata wang asas akaun dagangan untuk membuka kedudukan atau mengekalkan Kedudukan Terbuka. Apabila berdagang Forex, Margin diperlukan/ digunakan untuk kedudukan tertentu = Bilangan Lot * Saiz Kontrak / Leveraj. Pada asalnya ini akan dikirakan dalam pasangan mata wang pertama yang didagangkan, dan kemudian akan ditukar kepada mata wang asas akaun dagangan anda, ini akan dipaparkan secara berangka pada MT4 anda, atau di platform dagangan yang lain. Margin yang diperlukan oleh emas dan perak akan dikira seperti ini: Lot * Saiz Kontrak * Harga Pasaran/ Leveraj. Kiraan adalah dalam USD, dan akan ditukarkan kepada mata wang asas akaun dagangan anda (sekiranya ia dalam mata wang selain daripada USD).
Apakah panggilan margin (margin call) dan henti keluar (stop-out)?
Panggilan margin berlaku apabila ekuiti anda mencapai 100% daripada margin yang terpakai anda. Margin yang terpakai tidak akan ditolakkan daripada baki atau ekuti anda, ia hanya akan dipaparkan dalam tetingkap Terminal, di mana tujuan utama paparan margin adalah untuk pengiraan tahap margin: Tahap Margin = (Ekuiti/Margin yang terpakai) * 100%. Panggilan margin sebenar hanyalah pemberitahuan (diterima melalui e-mel pada tetingkap Terminal Mt4) bahawa akaun anda sedang menghampiri tahap berbahaya. Henti keluar berlaku apabila ekuti anda jatuh kepada atau di bawah 50% daripada margin yang terpakai anda. Ketika itu, system akan mula menutup dagangan anda satu demi satu bermula pada dagangan yang paling rugi untuk mengurangkan margin yang terpakai, dan dengan cara sedemikian meningkatkan tahap margin, dan cuba untuk menolakkan tahapnya melebihi 50%. Formula pengiraan adalah seperti berikut: (Ekuiti/Margin) * 100%.
Bagaimanakah saya boleh mengira margin?
Formula pengiraan margin untuk instrumen forex adalah seperti berikut: (Lot * saiz kontrak/ leveraj) di mana kiraannya sentiasa dalam mata wang utama simbol. Untuk akaun STANDARD, semua instrumen forex mempunyai saiz kontrak 100 000 unit. Sebagai contoh, jika mata wang asas untuk akaun dagangan anda ialah USD, leveraj anda ialah 1:100 dan anda berdagang 1 lot EURUSD, margin akan dikira seperti ini: (1 * 100 000/100) = 1000 Euro. Euro ialah mata wang utama simbol EURUSD, dan sebabnya akaun anda ialah dalam USD, sistem akan menukarkan 1000 EUROS kepada USD secara automatik mengikut kadar sebenar.
Apakah formula margin untuk emas/perak ?
Formula margin emas/peraka ialah lot * saiz kontrak * harga pasaran/ leveraj.
Apakah henti keluar (stop loss)?
Henti keluar ialah pesanan untuk menutup kedudukan yang dibuka pada harga yang kurang menguntungkan daripada harga semasa pesanan dibuat oleh pelanggan. Henti keluar ialah titik had yang anda tetapkan untuk pesanan anda. Setelah titik had ini dicapai, pesanan anda akan ditutup. Sila ambil perhatian bahawa anda perlu meninggalkan jarak tertentu daripada harga pasaran semasa apabila anda membuat pesanan henti/ had. Kegunaan henti keluar adalah bermanfaat jika anda ingin meminimumkan kerugian anda apabila pasaran menentang anda. Titik henti keluar sentiasa ditetapkan di bawah harga ASK untuk pesanan “beli” atau di atas harga BID untuk pesanan “jual”.
Apakah hentian penjejakan (trailing stop)?
Hentian penjejakan ialah sejenis pesanan henti keluar. Ia ditetapkan pada tahap peratusan sama ada di bawah harga pasaran untuk kedudukan panjang, atau di atas harga pasaran untuk kedudukan singkat. Sila ambil perhatian bahawa anda perlu meninggalkan jarak tertentu daripada harga pasaran semasa apabila anda membuat pesanan henti/ had.
Apakah ambil untung (take profit)?
Ambil untung ialah pesanan untuk menutup kedudukan yang dibuka pada harga yang lebih menguntungkan daripada harga semasa pesanan dibuat oleh pelanggan. Apabila ambil untung dicapai, pesanan akan ditutup. Sila ambil perhatian bahawa anda perlu meninggalkan jarak tertentu daripada harga pasaran semasa apabila anda membuat pesanan henti/ had.
Bagaimanakah saya boleh mengira 1 pip untung atau rugi?
Jumlah Mata Wang Asas * Pips = Nilai dalam Mata Wang Sebutan
Nilai 1 pip dalam EUR/USD = 1 Lot (100 000 €) * 0.0001= 10 USD
Nilai 1 pip dalam USD/CHF = 1 Lot (100 000$) * 0.0001=10 CHF
Nilai 1 pip dalam EUR/JPY = 1 Lot (100 000 €) * 0.01= 1000 JPY
Apakah leveraj? Bagaimanakah ia berfungsi? Mengapakah kurang wang diperlukan untuk leveraj yang lebih tinggi dan adakah risikonya lebih tinggi?
Leveraj ialah pendaraban baki anda. Ini membenarkan anda membuka kedudukan dagangan yang lebih besar kerana margin yang diperlukan akan diturunkan mengikut leveraj yang dipilih oleh anda. Walaupun dengan leveraj anda boleh membuat keuntungan yang lebih besar, terdapat juga risiko mengalami kerugian yang lebih besar kerana posisi yang anda buka akan mempunyai volum yang lebih tinggi (saiz lot). Contohnya, jika modal dagangan anda ialah 10,000 USD dan leveraj yang dipilih ialah 100:1, jadi untuk akaun dagangan STANDARD ini bermakna jumlah perdagangan anda ialah 100*10,000 = 1,000,000 USD. Katakan jika anda mempunyai posisi kedudukan panjang EURUSD dibuka pada 1.3055 dan posisi ini ditutup pada 1.3155, perbezaannya ialah 0.0100 pip dan pendapatan anda ialah 1,000,000 * 0.0100 = 10,000 USD. Ini adalah keuntungan anda.
Adakah gelinciran (slippage)?
Gelinciran jarang berlaku dengan JDFX. Walau bagaimanapun, kadangkala terutamanya apabila ada berita ekonomi penting dikeluarkan, pesanan anda mungkin akan diisi pada kadar yang berbeza daripada permintaan anda disebabkan oleh kenaikan/ penurunan mendadak harga pasaran. Di JDFX, pesanan anda akan diisi pada harga pasaran sedia yang terbaik, ini mungkin bermanfaat kepada anda.
Apakah jumlah maksimum yang boleh saya berdagang dalam talian?
Tiada jumlah maksimum yang anda boleh berdagang dalam talian, tetapi terdapat bilangan maksimum 10 lot standard yang anda boleh berdagang dalam talian untuk akaun STANDARD. Jika anda ingin berdagang dalam jumlah yang lebih besar daripada lot maksimum jenis akaun anda, anda boleh membuat beberapa dagangan dalam saiz yang lebih kecil.
Adakah anda menutup kedudukan terbuka dan pesanan saya apabila saya diluar talian?
Tidak. Kedudukan terbuka dan pesanan belum selesai kekal dalam sistem walaupun anda log keluar dari platform dagangan anda. Ini adalah sama untuk semua jenis pesanan kecuali dengan pesanan hentian penjejakan. Hentian penjejakan menjadi tidak aktif apabila anda menutup atau log keluar daripada MetaTrader4. Penasihat pakar (Expert Advisor) juga akan menjadi tidak aktif apabila MetaTrader4 ditutup, atau anda tidak ada log masuk.
Mengapakah kadar peralihan (rollover) adalah tiga kali ganda pada hari Rabu?
Semasa berdagang dalam pasaran forex spot, tarikh nilai sebenar adalah dua hari ke hadapan, contohnya, perdagangan yang dibuat pada hari Khamis adalah untuk nilai Isnin, perdagangan yang dibuat pada hari Jumaat adalah untuk nilai Selasa, dan seterusnya. Pada hari Rabu, kadar peralihan (rollover) adalah tiga kali ganda untuk memberikan pampasan bagi hujung minggu berikutnya (di mana peralihan rollover tidak dicaj masa ini kerana dagangan dihentikan pada hujung minggu). Ini mungkin berubah dengan penambahan “Akaun Bebas Swap”.
Apa yang harus saya lakukan jiga penasihat pakar (expert advisor) yang dilampirkan tidak berdagang?
Semak dahulu jika perdagangan dibenarkan dengan pergi ke Alat (Tools) -> Pilihan (Options) - > tab Pakar (Experts tab) - > Benarkan perdagangan sebenar (Allow real trading). Kemudian pastikan butang penasihat pakar (expert advisor) pada bar alat utama ditekan. Anda sepatutnya dapat melihat wajah tersenyum pada penjuru kanan di atas carta anda yang menunjukkan bahawa anda telah mengaktifkan EA anda dengan betul. Jika semuanya baik, tetapi EA masih tidak berdagang, sila lihat fail log anda melalui tab Pakar (Experts tab) dalam tetingkap Terminal (anda sepatutnya dapat melihat ralat yang terjadi).